TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PTPS MSSM

1.0
Pengenalan

1.1
PTPS MSSM adalah dilantik oleh MSSM atas cadangan Setiausaha Agung MSSN / Penyelaras Sukan dan sokongan Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM.

1.2
Pelantikan adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang kepegawaian, teknikal dan kejurulatihan sukan serta mampu bekerjasama dalam satu pasukan.

1.3
PTPS MSSM perlu mempunyai hubungan dua hala bersama Penyelaras Sukan untuk pengurusan sukan yang berkesan.

1.4
PTPS MSSM adalah dilantik oleh MSSM atas cadangan Setiausaha Agung MSSN / Penyelaras Sukan dan sokongan Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM.

1.5
Pelantikan adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang kepegawaian, teknikal dan kejurulatihan sukan serta mampu bekerjasama dalam satu pasukan.
2.0
Pelantikan

2.1
Lantikan baru :


2.1.1   Menerima surat pelantikan
2.1.2   Penyelaras akan memberi taklimat tugas
2.1.3   Menerima fail meja. 

2.2
Lantikan semula


2.2.1   Menerima surat pelantikan
2.2.2   Kemaskini fail meja
3.0
Skop Tugas

3.1
Kemaskini senarai daftar maklumat PTPS MSSN, atlet di peringkat MSSM (dari peringkat suku akhir) dan pegawai-pegawai teknikal.

3.2
Menghadiri mesyuarat JK Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM.

3.3
Mesyuarat bersama PTPS MSSN dan Penyelaras 3 kali setahun.

3.4
Menyediakan agenda mesyuarat.

3.5
Mempengerusikan mesyuarat JK Teknik dan Pembangunan Sukan berkenaan.
4.0
Persediaan sebelum kejohanan MSSM 

4.1
Mengumpul, menyimpan dan mengemaskinikan maklumat/rekod jurulatih serta pegawai sukan untuk makluman semua.

4.2
          Menyimpan rekod/data/keputusan kejohanan MSSM yang lepas dan senarai ranking/seeding pemain terkini.

4.3
Menyediakan satu senarai semak keperluan peralatan, borang-borang teknikal dan kronologi aktiviti untuk kejohanan MSSM.

4.4
Menyediakan satu senarai semak keperluan pembantu teknikal untuk kejohanan MSSM.

4.5
Menyediakan satu senarai semak keperluan pegawai teknikal untuk kejohanan MSSM.
5.0
Mesyuarat JK Pengelolaan Kejohanan MSSM.

5.1
Menghadiri mesyuarat JK Pengelolaan di negeri pengelola.

5.2
Menghadiri Mesyuarat Pengundian.

5.3
Memberi nasihat dalam persiapan teknikal.

5.4
Mengetahui tentang ABM pengelolaan dari aspek perbelanjaan teknikal.

5.5
Edaran senarai semak/maklumat perihal teknikal.

5.6
Membantu PTPS MSSN pengelola.

5.7
Pemantauan persediaan/kesesuaian gelanggang.
6.0
Semasa Kejohanan MSSM

6.1
Membantu pengelolaan kejohanan MSSM dalam aspek teknikal dan pertandingan.

6.2
Menghadiri taklimat pengurus pasukan.

6.3
Menghadiri taklimat pengadil.

6.4
Menghadiri taklimat teknikal.

6.5
Menghadiri taklimat ketua kontingen.

6.6
Menubuhkan panel pemilihan di kalangan PTPS MSSN Negeri.

6.7
Mempengerusikan panel pemilih untuk skuad MSSM, pemain cemerlang untuk anugerah pemain terbaik/penjaring terbanyak dsb.

6.8
Kriteria pemilihan perlu dimaklumkan kepada semua PTPS MSSN dan diumumkan semasa taklimat Pengurus Pasukan.

6.9
Membantu dan menyelaras dengan PTPS MSSN penganjur dalam hal-hal teknikal.

6.10
Mengenal pasti kelemahan yang ada untuk penambahbaikan. 
7.0
Selepas Kejohanan MSSM

7.1
Mengumpul dan menyimpan maklumat kejohanan seperti keputusan rasmi kejohanan, bilangan penyertaan peserta dan pegawai, dsb.

7.2
Menyediakan laporan kejohanan dari aspek teknikal.
8.0
Membina Pangkalan Data 

8.1
Mengumpul, menyimpan dan mengemaskinikan maklumat/rekod jurulatih serta pegawai sukan untuk makluman semua.

8.2
Mengumpul, menyimpan dan mengemaskinikan maklumat/rekod pemain-pemain yang dipilih serta pemenang-pemenang anugerah individu di kejohanan MSSM (contohnya Most Valuable Player, Penjaring terbaik, dsb).

8.3
Mengumpul, menyimpan dan mengemaskinikan maklumat/rekod kontingen MSSM dalam semua aktiviti penyertaan (kejohanan antarabangsa/attachment, dsb).
9.0
Pengelolaan Kejohanan Peringkat Antarabangsa

9.1
Membantu Bahagian Sukan dan negeri pengelola dalam pengelolaan kejohanan peringkat antarabangsa sebagai Pengurus Kejohanan.
10.0
Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan

10.1
Semua pelantikan mesti mendapat persetujuan dari BS.

10.2
PTPS MSSM tidak boleh membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

10.3
Sekiranya menjadi ahli Persatuan Sukan Kebangsaan, PTPS menjadi pegawai perantaraan antara MSSM dengan Persatuan Sukan Kebangsaan atau MSN jika dikehendaki.
11.0
Nasihat teknikal

11.1
Memaklumkan kepada MSSM mengenai apa jua perubahan dalam undang-undang sukan antarabangsa untuk penyebaran kepada semua MSSN dan PTPS negeri/daerah.

11.2
Memberi nasihat dalam hal-hal teknikal berkaitan dengan bidang sukannya kepada MSSM atau MSSN pada bila-bila masa diperlukan.
12.0
Pembangunan

12.1
Memastikan peraturan permainan sentiasa mengikut perubahan dan keperluan semasa.

12.2
Merancang dan melaksana 2 jenis kursus (kepegawaian dan kejurulatihan).

12.3
Menyediakan pelan tahunan sukan masing-masing.

12.4
Membantu perancangan jangka pendek dan jangka panjang strategi/program pembangunan sukan sekolah (MSSM) dalam sukan berkenaan.

12.5
Kem pembangunan (kem bakat) untuk atlet.

12.6
Program attachment dengan Persatuan sukan.
13.0
Pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan MSSM :

13.1
Sebagai Ketua Jurulatih untuk Pasukan MSSM dalam kejohanan antarabangsa SEKIRANYA dilantik oleh MSSM

13.2
Bertanggungjawab penuh dalam menentukan pasukan MSSM

13.3
Menyediakan program latihan

13.4
Menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan di kejohanan antarabangsa

13.5
Menyediakan laporan kejohanan dari aspek teknikal.

No comments:

Post a Comment