TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS MSSM

1.0
PENGENALAN

1.1
Penyelaras MSSM adalah dilantik oleh Pengarah Bahagian Sukan, KPM merangkap Setiausaha Agung MSSM.  Tugasnya meliputi semua peringkat yang melibatkan pengurusan MSSM dan sukan KPM.

1.2
Pelantikan adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang kepegawaian, teknikal dan kejurulatihan sukan serta mampu bekerjasama sebagai satu pasukan.

1.3
Pelantikan adalah untuk tempoh setahun dan diperbaharui lantikannya setiap tahun, sekiranya prestasi Penyelaras adalah baik dan dipersetujui oleh Sektor berkenaan.

1.4
Penyelaras MSSM perlu mempunyai hubungan dua hala bersama Unit MSSM, KU Unit Sukan JPN/SUA MSSN dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Malaysia untuk pengurusan sukan yang berkesan.
2.0
SKOP TUGAS (BERSAMA NEGERI PENGELOLA)

2.1
Membantu Unit MSSM mendapatkan maklumat berkenaan sukan Penyelaras MSSM dari semasa ke semasa terutamanya sebelum kejohanan berlangsung.

2.2
Menghadiri semua Mesyuarat Pengelolaan MSSM mewakili BS/MSSM sekiranya dijemput oleh JPN/MSSN.  Galakkan konsep kemeriahan bersukan dan melibatkan komuniti luar serta mendapat liputan media.

2.3
Menyemak kertas konsep pengelolaan dan melihat susun atur pelantikan JK Pengelola.  Pastikan JK dan pembantu tidak terlalu ramai yang boleh menyebabkan bajet tidak mencukupi.

2.4
Membantu negeri pengelola dari segi pengelolaan kejohanan dan protokol terutamanya majlis rasmi seperti pembukaan, penutupan dan jamuan rasmi. 

2.5
Menyemak dan proof reading buku program kejohanan agar kualiti buku program lebih baik.

2.6
Memberi nasihat mengenai tatacara pengurusan kewangan dan mempastikan negeri mendapat peruntukan awal sebelum kejohanan.  Galakkan perbelanjaan berhemah.

2.7
Membuat lawatan venue pertandingan dan cadangkan penambahbaikan sebelum mesyuarat pengelolaan dan dapatkan khidmat nasihat dari PTPS MSSM dan MSSN.

2.8
Menguruskan pencalonan dan pelantikan pengadil untuk Kejohanan MSSM dan jemputan VVIP sekiranya tetamu daripada KPM.  Keselarasan perlu bersama negeri pengelola.

2.9
Menghadiri semua taklimat kejohanan iaitu taklimat pengurus pasukan dan taklimat pengadil kejohanan dan mesyuarat PTPS sekiranya dibuat semasa kejohanan.

2.10
Mendapatkan bahan-bahan maklumat dari pengelola dan menyerahkan dua set untuk dokumentasi MSSM dan website MSSM.

2.11
Menyediakan laporan kejohanan berdasarkan format laporan MSSM dan hantar ke Unit MSSM dalam masa satu minggu selepas kejohanan.

2.12
Mempastikan peralatan dan pakaian penajaan sampai sebelum kejohanan.  Rekod penerimaan dan pengagihan penajaan dibuat dengan baik serta bawa satu salinan untuk diserahkan kepada Unit MSSM.

2.13
Mendapatkan maklumat Dream Team MSSM/KPM untuk Kejohanan Asean Schools Games (ASG) 18 Tahun Kebawah dan ASEAN School Sport Olympiad (APSSO) 12 Tahun Kebawah serta untuk kejohanan-kejohanan lain.  (Berdasarkan permainan tertentu)

2.14
Memberi nasihat yang betul sekiranya terdapat masalah teknikal dan dapatkan pandangan daripada PTPS MSSM dan JK Pengelola dalam menyelesaikan masalah sekiranya timbul.

2.15
Bertindak sebagai salah seorang JK Rayuan sekiranya terdapat bantahan rasmi daripada MSSN.

2.16
Menghadiri mesyuarat post-mortem kejohanan untuk penambahbaikan di kejohanan akan datang.
3.0
SKOP TUGAS (BERSAMA PENGERUSI TEKNIK & PEMBANGUNAN SUKAN)

3.1
Mengurus pakej Mesyuarat PTPS sebelum Kejohanan MSSM di negeri pengelola. Sediakan satu slot lawatan venue gelanggang kepada PTPS MSSN agar MSSN boleh bersedia lebih awal berkenaan logistik dan pergerakan pasukan masing-masing.

3.2
Mempunyai senarai PTPS MSSN supaya mudah mendapatkan maklumat negeri sekiranya diperlukan.

3.3
Mengedarkan Buku Panduan Pengurusan MSSM tahun semasa kepada PTPS MSSN.

3.4
Mempastikan semua PTPS memahami Peraturan Am MSSM dan Undang-Undang Teknikal semasa supaya kejohanan berlangsung dengan lancar.

3.5
Mengetuai/Mempengerusikan Mesyuarat PTPS MSSM dan menjemput Persatuan Sukan Kebangsaan dan Ketua Unit Sukan negeri pengelola untuk mendapat input terkini.

3.6
Mengatur dan mengetuai perjumpaan/perbincangan PTPS dari semasa ke semasa semasa kejohanan MSSM berlangsung untuk kelancaran kejohanan.

3.7
Mengalakkan in-house training kepegawaian dan teknikal sebelum kejohanan berlangsung.

3.8
Mendapatkan borang asal pendaftaran individu M01, M02, R01 dan R02.  Dokumen tersebut perlu diserahkan kepada Unit MSSM untuk tujuan dokumentasi.

3.9
Menghadiri Mesyuarat Pengundian Pasukan dan tanda tangani dokumen pengundian sebelum diedarkan kepada negeri-negeri.

3.10
Mengetuai JK pemilihan Dream Team MSSM dan menubuhkan panel pemilihan tersebut bersama PTPS.

3.11
Mendapatkan laporan teknikal daripada PTPS MSSM untuk tindakan selanjutnya diperingkat MSSM.

3.12
Mengetuai JK pemilihan atas nasihat PTPS MSSM untuk anugerah-anugerah contohnya pemain/peserta terbaik kejohanan, pemain terbaik final, penjaring terbanyak, pemain harapan dan sebagainya.

3.13
Mendapatkan pelan tahunan sukan jangka panjang dan pendek untukprogram pembangunan sukan MSSM.

3.14
Meyediakan senarai peserta untuk kepegawaian dan kejurulatihan sekiranya diperlukan.

3.15
Berhubung baik dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negara demi pembangunan sukan berkenaan.

No comments:

Post a Comment